Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Malaysia, Aira Azhari, ini merupakan satu petunjuk jelas berlakunya fenomena 'Political fatigue' atau kelesuan politik dalam kalangan rakyat di negara itu.
Transcript
00:00Rakyat Amerika Syarikat dilihat dalam keadaan terumbang ambing dengan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:07Situasi itu dapat dilihat apabila rata-rata mereka tidak melakukan tindakan agresif tentang dasar yang diperkenalkan ketika ini berbanding pentadbiran Trump satu yang dipenuhi dengan protes.
00:19Persoalan timbul sama ada mereka kecewa atau mungkin tidak faham atau tidak tahu hendak berbuat apa.
00:25Malah bagi Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Malaysia, Aira Azhari ini seperti suatu fenomena kelesuan politik dalam kalangan rakyat di negara itu.
00:37Dan kalau kita ingat dalam pentadbiran Trump 1.0 dulu ada Women's March yang berjaya mengumpulkan mungkin beratus ribu juga peserta dari seluruh negara.
00:50Dan kita tak nampak lagi protes di skala tersebutlah di Amerika sekarang.
00:54Jadi saya mungkin tak pasti apa masalah dia tapi boleh jadi politikal fatigue itu adalah sesuatu yang sangat real dan sesuatu yang mungkin mengakibatkan banyak rakyat Amerika mungkin kecewa
01:13ataupun mungkin tak faham atau tak tahu nak buat apa. Jadi I think that helplessness itu is real.
01:19Selain itu sikap pasif barisan pemimpin hebat Parti Demokrat turut menimbulkan persoalan.
01:25Tapi saya suka juga ingin melihat kepada reaksi Parti Demokrat yang kita lihat agak suram dan agak macam tak pasti atau tak berani
01:35untuk bersuara dengan lebih lantang membantah tindakan-tindakan dan juga polisi-polisi Presiden Trump.
01:43Beliau berkata demikian dalam program agenda Awani pada Rabu.

Recommended