Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Sebanyak 4,385 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan dari 1 Jan hingga 19 April lepas.
Transcript
00:00Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memaklumkan sebanyak 4,385 kes penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD, telah direkodkan dari 1 Januari hingga 19 April lepas.
00:14Pengarahnya Dr. Maria Suleiman dalam kenyataan berkata 83% daripada jumlah kes itu melibatkan kanak-kanak berumur bawah 7 tahun.
00:24Menurutnya 5 daerah mencatatkan kumulatif kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu dengan 705 kes, Papar 578 kes, Penampang 450 kes, Keningau 431 kes dan Tawau 262 kes.
00:43Dan kesemua kes yang dilaporkan adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar tanpa melibatkan kes di unit rawatan rapi ICU atau kematian.
00:53Dr. Maria berkata majoriti jakitan HFMD berlaku di rumah atau pusat penyidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah dengan 10 sekolah dilaporkan sebagai kluster.
01:075 daripada sekolah itu diarah tutup sepenuhnya manakala selebihnya melibatkan penutupan sebahagian kelas tertentu bagi membolehkan siasatan lanjut dan kerja-kerja pembersihan serta disinfeksi dijalankan.
01:23Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!

Recommended