Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Polis tahan empat individu, rampas dadah bernilai RM100,500
Transcript
00:00Polis menempaskan sedikit pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM100,500 dalam dua serbuan berasingan di Bukit Metajam dan Seberang Jaya Pulau Pinang pada Selasa.
00:16Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Hamzah Ahmad berkata operasi bermula pukul 7 hingga 10 pagi itu menahan empat individu berkenaan termasuk pasangan kekasih yang kesemuanya berusia 26 hingga 47 tahun.
00:32Menurut Hamzah, polis pada mulanya menahan mereka di tepi jalan dan kedai di kawasan Seberang Jaya sebelum dibawa ke sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis dadah milik sindikit itu.
00:43Dalam serbuan di rumah itu, polis merampas satu bungkusan plasik hitam mengandungi heroin, beg merah yang terdapat 8 paket heroin, syabu, ganja, kefin yang kesemuanya bernilai RM100,500.
00:56Hasil risikan mendapati kegiatan pengedaran dadah sindikit itu dijalankan sejak akhir tahun lalu dan mendapat bekalan daripada rangkaian pengedaran dadah sebelum membungkusnya semula dalam kuantiti kecil serta menjual untuk pasaran di sekitar Pulau Pinang.
01:11Beliau berkata suspek yang ditahan adalah seorang penganggur, dua buruh manakala wanita warga asing pula bekerja di sebuah kilang.
01:20Kesemua mereka direman selama tujuh hari sehingga 6 Mei dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Recommended