Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Transcript
00:00Assalamualaikum, anda bersama saya Pia Anarja untuk ASEAN 25 dan ini adalah perkembangan pertama Thailand menarik permohonan pelaburan bernilai 431.2 bilion baht pada suku pertama 2025 meningkat 97% berbanding tempoh sama pada 2024.
00:24Menurut Setiausaha Agong Lembaga Pelaburan Thailand BOI Permohonan Pelaburan Suku Pertama Thailand, catat peningkatan disumbangkan projek infrastruktur berskala besar termasuk lonjakan 5 kali ganda dalam pelaburan asing untuk pusat data.
00:42Tambahnya pelabur domestik dan asing mengemukakan 822 permohonan projek sepanjang Januari hingga Mac meningkat 20% berbanding suku pertama 2024.
00:52Daripada jumlah itu, 618 permohonan adalah daripada pelabur asing.
00:58Menurut rekod BOI, permohonan pelaburan langsung asing FDI sepanjang Januari Mac berjumlah 267.7 bilion baht iaitu peningkatan 62% berbanding tahun sebelumnya.
01:11Jelasnya syarikat berpangkalan di Hong Kong mendahului senarai FDI suku ini dengan jumlah pelaburan 135.16 bilion baht atau separuh daripada keseluruhan komitmen FDI dalam tempoh itu.
01:25Ini termasuk 72.7 bilion baht dalam sektor digital sahaja.
01:30China dikedudukan kedua dengan pelaburan 47.3 bilion baht tertumpu pada industri logam, elektronik dan otomotif.
01:39Manakala Singapura dikedudukan ketiga dengan 38.1 bilion baht melibatkan projek dalam sektor elektrik dan elektronik E&E serta digital.
01:49Tahun lalu, jumlah keseluruhan permohonan pelaburan di Thailand meningkat 35% kepada paras tertinggi dalam 10 tahun iaitu 1.14 triliun baht.
02:00Kemboja dan Singapura menyokong usaha Malaysia untuk meneruskan dialog dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan keselamatan petugas kemanusiaan serta rakyat Myanmar.
02:12Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Kemboja, Hon Manet dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong, menerusi perbualan telefon secara berasingan bagi membincangkan pelbagai isu serantau.
02:27Jelas Anwar, kedua-dua pemimpin menyambut baik inisiatif Malaysia yang mengadakan pertemuan dengan pengurusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, General Kanan Min Ang Hliang dan Man Win Khaing Tan dari Kerajaan Perpaduan Nasional NUG di Bangkok baru-baru ini.
02:44Anwar menyifatkan pertemuan itu sebagai langkah penting ke arah usaha perdamaian yang berkekalan di Myanmar.
02:51Beliau berkata demikian menerusi hantaran kenyataan di Facebook.
02:54Dalam perbualan sama, ketiga-tiga pemimpin turut berbincang mengenai isu perdagangan serantau termasuk tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
03:04Malaysia turut meminta Amerika Syarikat memberi ruang kepada negara ASEAN mencari jalan penyelesaian melalui mekanisme hubungan dua hala masing-masing.
03:12Malaysia pada masa sama menyuarakan pendirian bersama ASEAN berhubung isu tarif dan dasar perdagangan dan menggesa Amerika Syarikat agar melihat ASEAN sebagai satu entiti kolektif.
03:23Anwar yakin dengan semangat persahabatan dan prinsip keterpaduan ASEAN, usaha bersama itu akan membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rantau ini.
03:53Terima kasih telah menonton!
04:24Gabenel Jawa Barat Deddy Mulyadi memperkenalkan insentif tunai kepada lelaki daripada isi rumah berpendapatan rendah yang bersedia menjalani vasectomi sebagai langkah awal dalam usaha mengawal kadar kelahiran.
04:38Langkah ini bertujuan menangani isu kemiskinan dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah di wilayah tersebut.
04:44Dedy mengumumkan kerajaan wilayah akan menawarkan perikmatan vasectomi setiap hari Rabu bermula minggu depan.
04:52Sebagai insentif, lelaki yang menjalani prosedur itu akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM500,000 bersamaan RM140.
05:00Beliau berkata usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif mengurangkan kemiskinan di Jawa Barat.
05:07Berdasarkan pemerhatian, ramai keluarga dari golongan miskin tidak mampu menanggung kos bersalin anak keempat atau kelima yang mencecah antara RM15 juta hingga RM25 juta.
05:19Deddy menyatakan bahawa kadar kelahiran yang tinggi lebih kerap berlaku dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang turut memberi kesan kepada kerajaan dari segi bantuan sosial dan perikmatan awam.
05:30Menurut data daripada Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 859,55 kelahiran telah direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Jun 2024 dengan Jawa Barat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 164,230 kelahiran.
05:49Kementerian Kesihatan Laos bakal melaksanakan Sistem Kesihatan Tahan Iklim pertama melalui projek kerjasama bersama rakan pembangunan termasuk Save the Children dan Pertumbuhan Kesihatan Sedunia WHO.
06:05Projek lima tahun yang dibayai oleh Green Climate Fund GCF disasarkan memberi manfaat kepada lebih 1.8 juta penduduk khususnya komuniti luar bandar yang terdedah kepada kesan perubahan iklim.
06:17Memerendam Persefahaman MOU Projek Strengthening Climate Resilient of the Laos Health System ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Kebersihan dan Promosi Kesihatan Laos, Dr. Fon Pasiuth Sayamongkun dan Pengarah Negara Save the Children Laos, Luke Epps.
06:35Projek ini bertujuan memperkukuhkan ketahanan sistem kesihatan lao terhadap perubahan iklim melalui pendekatan menyeluruh merangkumi takbir urus, sistem maklumat kesihatan dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
06:49Fokus utama projek ini ialah melindungi kanak-kanak merupakan antara golongan paling terjejas akibat kesan iklim seperti demam denggi, penyakit bawaan air serta kekurangan zat makanan.
07:00Projek ini turut menyokong 100 fasiliti kesihatan dan 250 komuniti di 7 wilayah.
07:07Ia turut melibatkan naik taraf kepada 79 fasiliti dengan infrastruktur yang tahan iklim dan cekap tenaga serta peningkatan kesedaran awam berkaitan kesihatan dan iklim.
07:18Inisiatif ini turut merangkumi sistem amaran awal penyakit, penyediaan data kesihatan dan iklim serta memperluas akses rawatan kesihatan untuk populasi berisiko tinggi di lao.
07:30Selaku pengurusi ASEAN Malaysia memainkan peranan penting dalam menyelaras respons blok serantau terutama ketika kejadian kebubumi di Myanmar, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.
07:42Wong berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada selasa mengenai situasi kemanusiaan susulan bencana tersebut.
07:51Anwar semasa lawatan ke Thailand pada 17 April telah memaklumkan kepada Lawrence tentang situasi kemanusiaan pasca gempa bumi yang beliau sifatkan dahsyat itu.
08:03Lawrence turut menyatakan dalam keadaan yang penuh ketidakpastian ini, perparuan serantau adalah lebih penting berbanding sebelumnya.
08:09Gempa bumi kuat bermagnitude 7.7 telah melanda tengah Myanmar pada 24 Mac lalu, mengorbankan lebih 3,700 nyawa.
08:19Semasa lawatan kerja ke Thailand, Anwar telah bertemu dengan pengurusi Majlis Pertabiran Negara Myanmar, General Kanan Min Aung Hilang.
08:26Kedua-dua mereka mengadakan mesyuarat secara maya bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar NUG, Manwin Khang Tan, bagi membincangkan usaha pemulihan selepas bencana.
08:39Susulan pertemuan itu, kedua-dua pemimpin Myanmar berikra untuk melanjutkan gencatan senjata dan memastikan keselamatan petugas kemanusiaan.
08:46Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa gencatan senjata di Myanmar yang dijadual tamat pada 30 April perlu dilanjutkan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada semua komuniti yang terjejas.
09:02Sambutan ulang tahun ke-50 menandakan tamatnya Perang Vietnam diraihkan dengan perarakan besar-besaran di Bandaraya Ho Chi Minh pada Rabu.
09:11Ribuan anggota tentera menyertai perarakan besar tersebut dan bertunjukkan udara yang melibatkan jet berjuang serta helikopter buatan Rusia.
09:22Ulang tahun bersejarah ini memperingati detik pertama penyatuan semula negara pada 30 April 1975 di mana Vietnam Utara yang dipimpin komunis menawan Saigon, ibu negara Vietnam Selatan yang ketika itu disokong Amerika Syarikat.
09:37Bandar itu kemudiannya dinamakan semula sebagai Ho Chi Minh, sempena nama pemimpin pengasas Vietnam Utara.
09:44Kejatuhan Saigon menamatkan konflik selama dua dekad dan berakhirnya konflik selama 20 tahun yang meragut nyawa kira-kira 3 juta rakyat Vietnam dan hampir 60 ribu anggota tentera Amerika yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang dihantar berperang melalui pengambilan wajib.
10:01Usaha pihak berkuasa Myanmar untuk melelong rumah agam milik Ong San Suu Kyi di jalan Universiti Avenue gagal untuk kali keempat.
10:18Pelelong yang dilantik mahkamah menawarkan harga permulaan sebanyak 128 juta dolar Amerika bagi rumah dua tingkat itu, namun tiada sebarang pidaan yang diterima setakat ini.
10:29Rumah yang pernah menjadi tempat tahanan rumah Suu Kyi selama bertahun-tahun menyimpan sejarah penting dalam perjuangan demokrasi Myanmar.
10:40Suu Kyi yang kini dipenjarakan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021 masih memiliki separuh hak ke atas hartanah tersebut manakala separuh lagi dimiliki abang kandungnya.
10:52Sepanjang era demokrasi singkat Myanmar selepas 2010, rumah itu menjadi pusat pentadbiran kerajaan awam pimpinan Suu Kyi dan menerima lawatan rasmi pemimpin dunia seperti Barack Obama dan Hillary Clinton.
11:05Ejen hartanah tempatan menyatakan harga rumah bersaiz serupa di kawasan elit Yangon lazimnya bernilai antara satu juta dolar Amerika hingga dua juta dolar Amerika sahaja, jauh lebih rendah daripada nilai yang ditetapkan oleh pelelong.
11:20Negara Selatan Global perlu bergerak melangkaui kebiasaan lama dalam sistem dunia dan memainkan peranan lebih aktif untuk membentuk sistem pelbagai hala yang lebih adil dan inklusif.
11:34Menteri Luar Datuk Seri Muhammad Hassan berkata peningkatan tarif pelindungan sejak kebelakangan ini bukan sahaja mengancam sistem pelbagai hala, malah menunjukkan sistem lama semakin tidak relevan.
11:45Berucap pada mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS di Rio de Janeiro, Brazil pada selasa, Muhammad berkata kestabilan dan keselamatan ekonomi dunia yang sebelum ini dijanjikan kuasa besar kini terjejas.
12:00Katanya negara-negara membangun kini perlu dilihat sebagai pemain penting dalam perubahan sistem dunia bukan lagi sekadar pemerhati.
12:08Malah beliau turut menekankan peranan ASEAN yang semakin besar dengan gabungan keluaran dalam negara kasar sebanyak 3.8 triliun dolar Amerika dan lebih 677 juta penduduk.
12:23Sebagian itu, sebagai pengurusi ASEAN tahun ini, Malaysia membawa strategi serantau yang menekankan kesepaduan ekonomi dan kepelbagaian strategi.
12:32Antara keutamanya termasuk memperkukuh perdagangan dalam rantau dan mempertingkat daya tahan rantaian bekalan.
12:40Menurut beliau, usaha itu juga boleh menjadi panduan kepada negara-negara BRICS dalam mengimbangi kemakmuran dan kelestarian.
12:48Muhammad menyifatkan BRICS bukan sekadar satu platform, sebaliknya satu kuasa yang berupaya menjadi pencetus kepada sistem dunia baru yang lebih adil dan berkesan.
12:58Beliau turut menegaskan, Malaysia bersedia bekerjasama dengan mana-mana negara yang berkongsi visi untuk mewujudkan sistem dunia lebih adil, inklusif dan pelbagai hala.
13:13Baik, sekian saja untuk ASEAN 25. Saya Per Nadia. Salam hormat. Kita jumpa lagi.

Recommended