Penghantar barang terlepas hukuman mati
Seorang penghantar barang terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di Melaka pada Selasa melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 10.8 kilogram empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Yee Kok Chong, 44, pada akhir kes pembelaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/724355/berita/jenayah/penghantar-barang-terlepas-hukuman-mati
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah

Category
🗞
NewsTranscript
00:00Seorang penghantar barang terlepas hukuman mati selepas mahkamah tinggi di Melaka
00:04pada selasa melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedah dadah jenis syabu
00:10seberat 10.8 kg 4 tahun lalu.
00:14Hakim Dato' Muhammad Razie Abdul Hamid membuat keputusan itu
00:17selepas mendapati pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah
00:23terhadap tertuduh Yi Kok Chong, 44 tahun, pada akhir kes pembelaan.
00:28Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengedah dadah berbahaya jenis methamfitamin seberat
00:3410.898 gram kira-kira jam 7.05 malam di Bangku Kayu, Persimpangan Lerih 3, Melaka pada 14 Januari 2021.
00:45Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya, 1952
00:53dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B-2 Akta Sama yang memperuntukkan hukuman gantung
01:00sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.
01:04Dalam penghakimannya, Dato' Muhammad Razie berkata,
01:07Mahkamah berpendapat, kegagalan pendakwaan memanggil saksi penting yang ditawarkan kepada pihak pembelaan
01:14telah menyebabkan perjudis terhadap pembelaan tertuduh.
01:18Dengan itu, Mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan satu keraguan munasabah terhadap tertuduh.
01:24Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengedah dadah.
01:28Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Muhammad Firdaus Saleh
01:33manakala tertuduh diwakili Peguam M. Harish dan Ramzani Idris.
01:38Seramai lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dikemukakan sepanjang proseding perbicaraan
01:43yang bermula pada tahun 2021.