Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Laporan terkini dari Gaza mendedahkan lebih 11,000 individu masih hilang sejak tercetusnya peperangan pada 7 Oktober 2023.
Transcript
00:00Laporan terkini dari Gaza mendedahkan lebih 11,000 individu masih hilang sejak tercetusnya peperangan pada 7 Oktober 2023.
00:09Ramai antara mereka dipercayai terkorban dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan, manakala nasib sebahagian yang lain kekal tidak diketahui sehingga hari ini.
00:20Wilayah Gaza kini berdepan kekurangan teruk dari segi jentera berat dan bahan api yang diperlukan bagi kerja-kerja pembersihan.
00:28Sebahagian besar jentera musnah atau tidak lagi boleh digunakan.
00:32Menurut pertumbuhan bangsa-bangsa bersatu PBB, kira-kira 92% kediaman di Gaza bersamaan lebih 436,000 buah rumah telah musnah atau mengalami kerosakan akibat serangan berterusan.
00:44PBB menganggarkan lebih 50 juta tan runtuhan perlu dibesihkan dan kerja-kerja ini mungkin mengambil masa lebih 2 dekad sekiranya kekurangan sumber berterusan.
00:54Sementara sesetengah keluarga Palestine cuba kembali ke kediaman mereka yang telah hancur, ramai terpaksa hidup di atas runtuhan rumah sendiri, tempat di mana mayat ahli keluarga mereka masih tertimbus.
01:06Anggaran tempatan menyatakan lebih 62,000 nyawa telah terkorban sepanjang konflik yang berlalutan sejak Oktober 2023.
01:12Daripada jumlah itu, 51,065 mayat telah ditemui dan dibawa ke hospital, manakala lebih 11,000 lagi masih hilang.
01:22Organisasi kemanusiaan memberi amaran bahawa kelewatan dalam kerja-kerja pembersihan dan pengeluaran mayat bukan sahaja menyiksa keluarga yang terlibat,
01:31malah berisiko menyebabkan bencana kesihatan dan alam sekitar yang serius, lebih-lebih lagi di kawasan padat penduduk seperti Gaza.
01:37Terima kasih.

Recommended