Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, dan membincangkan isu-isu semasa serta peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, TVET, industri halal, pembangunan luar bandar, dan pengurusan bencana.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Jakarta pada ahad petang bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia.
00:08Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi tertinggi pertama dari Malaysia ke Indonesia pada tahun ini dan juga lawatan rasmi pertama Zahid selepas pentadbiran baru Indonesia dikemudi Presiden Prabowo Subianto.
00:22Pesawat khas membawa Zahid dan delegasi mendarat di lapangan terbang antar bangsa Soekarno-Hatta pada jam 71 minit petang waktu tempatan.
00:30Ketibaan Timbalan Perdana Menteri disambut Menteri Agama Indonesia Prof. Dr. Nasaruddin Umar.
00:36Dalam satu kenyataan pada ahad, Wisma Putra memaklumkan Timbalan Perdana Menteri bakal mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabu Mingraka.
00:46Beliau dijangka memincangkan isu-isu semasa serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang pendidikan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVAT, industri halal, pembangunan luar bandar serta pengurusan bencana.
01:00Selain itu, beliau juga akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa memorandum persefahaman MOU antara Universiti Kuala Lumpur Uni KL dan Kerajaan Provinsi Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta DKI Jakarta dan Kerajaan Provinsi Sumatera Barat.
01:15Selain itu, Ahmad Zahid turut menghadiri majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Indonesia serta merasmikan majlis pelepasan ASEAN Unity Drive 2025 yang berlangsung di Kerutaan Besar Malaysia di Jakarta.
01:28Indonesia merupakan rakan dagang ke-6 terbesar Malaysia di peringkat global dan ke-2 terbesar dalam kalangan negara ASEAN.
01:35kesalahan santun membuka bicara.
01:38Terima kasih.