Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/17/2025
Tindakan Amerika Syarikat mengenakan sekatan baharu terhadap eksport minyak Iran pada Khamis menyebabkan harga minyak terus mencatatkan kenaikan.
Transcript
00:00Tindakan Amerika Syarikat mengenakan sekatan baru terhadap ekspor minyak Iran pada Khamis menyebabkan harga minyak terus mencatatkan kenaikan.
00:08Peningkatan juga berlaku, susulan komitmen beberapa negara anggota Pertubuhan Negara Pengekspor Petroleum, OPEC, mengurangkan pengeluaran lebih banyak bagi mengimbangi lebihan sebelumnya.
00:19Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 55 sen atau 0.8% kepada 66.40 USD setung, manakala minyak mentah West Texas Intermediate WTI Amerika Syarikat naik 66 sen atau 1.1% kepada 63.13 USD setung.
00:41Kedua-dua penanda aras itu ditutup 2% lebih tinggi pada Rabu iaitu paras tertinggi sejak 3 April lalu.
00:50Ia dijangka mencatatkan peningkatan mingguan pertama dalam tempoh tiga minggu.
00:55Sebelum itu, pentadbiran Presiden Donald Trump pada Rabu mengenakan sekatan baharu terhadap ekspor minyak Iran termasuk terhadap sebuah penapis minyak kecil berpangkalan di China.
01:06Usaha ini bagi meningkatkan tekanan terhadap Teheran yang kini terlibat dalam rundingan berkaitan program nuklearnya yang semakin meruncing.
01:15OPEC pada bangsa sama turut memaklumkan bahawa pihaknya menerima pelan pengeluaran yang dikemas kini daripada Iraq, Kazakhstan dan beberapa negara lain
01:25bagi melaksanakan pemotongan tambahan menampung lebihan pengeluaran sebelum ini.

Recommended