Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/17/2025
Mahkamah Rayuan pada Khamis menetapkan tarikh lain iaitu pada 24 April hadapan bagi pengurusan kes rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA). #AWANInews
Transcript
00:00Kes ini akan dibuat pada minggu depan untuk ditetapkan tarikh bagi keputusan rayuan
00:07Cuma tadi kita dah dengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan
00:14Saya nak rumuskan semudah yang mungkin lah
00:18Pertama sekali bagi pengeluaran dana armada berjumlah RM1 juta
00:22Yang jelas tidak ada satu sen pun diambil oleh saya pergi ke akaun saya
00:28Atau dibelanjakan untuk tujuan peribadi tetapi dibelanjakan bagi program-program kebajikan parti
00:34Dan bagi charge kedua, ketiga dan keempat
00:38Di mana ada kata bahawa RM120,000 masuk ke akaun saya dan selepas itu RM100,000 masuk ke akaun ASB
00:45Tadi kita sendiri sudah dengar bahawa sebelum fundraising dinner itu dibuat pun
00:50Sudah ada pengeluaran duit saya sendiri daripada ASB akaun saya
00:55Untuk tujuan perbelanjaan kampen dan pada masa yang sama dengan bukti-bukti risik yang jelas
01:01Bahawa saya telahpun membelanjakan melangkaui RM170,000
01:05Melebihi RM120,000 yang telahpun kita berjaya fund raise
01:09Itu ringkas sajalah tetapi akhirnya sebagai salah seorang yang menghormati sistem perundangan negara
01:16Kita meletakkan kepercayaan di atas institusi kehakiman dan hakim-hakim yang tadi sudah mendengar rayuan kami

Recommended