Sin Chew Daily menerima titah Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan Jalur Gemilang di muka hadapan akhbar, menjalankan siasatan dalaman dan mengambil tindakan disiplin terhadap petugas yang bertanggungjawab. #AWANInews
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pengurusan Sin Chiu Daily dengan sepenuh hati menerima titah yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim berkaitan kesilapan jalur gemilang yang dipaparkan di muka hadapan akhbar itu.
00:10Menurut satu kenyataan, Sin Chiu memaklumkan pihaknya telah menjalankan siasatan dalaman secara terperinci berkaitan insiden itu.
00:19Susulan itu, petugas yang bertanggungjawab atas kesilapan melibatkan paparan gambar jalur gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan akhbar tersebut.
00:25Selasa lalu akan berdepan dengan tindakan disiplin. Jelasnya, Jabatan Pengarang Sin Chiu Daily telah menambah baik prosedur semakkan khususnya dalam aspek penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI.
00:36Pihaknya berjanji untuk lebih berwaspada dan peka dalam menangani isu yang boleh menjejaskan maruah negara dan hubungan antara kaum.
00:43Pada Rabu yang di-Pertuan Agung Sultan Ibrahim bertitah, kesilapan memaparkan gambar jalur gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan di muka hadapan Sin Chiu Daily boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima.
00:54Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim bertitah, pihak pengurusan dan Jabatan Pengarang Akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak.
01:04Sin Chiu Daily kemudiannya turut tampil memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi jalur gemilang itu.
01:10Pada Rabu, Kementerian Dalam Negeri KDN mengesahkan Sin Chiu Daily telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dipanggil bagi siasatan berhubung isu penyiaran jalur gemilang tidak lengkap.
01:19KDN dalam kenyataan ini mengaklumkan siasatan dilaksanakan serta-merta di bawah akta lambang dan nama mencegah penggunaan tidak wajar 1963 serta akta mesin cetak dan penerbitan 1984.
01:31Pada selasa, Sin Chiu Daily menerbitkan ilustrasi jalur gemilang tanpa bulan sabit di muka hadapan ahbanya sepenuh liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.