Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
5 Ciri RUMAH SEWA, Penyewa Pejam Mata Sanggup Bayar MAHAL!

Memiliki rumah untuk disewakan mampu menjadi pendapatan pasif buat pemilik kediaman. Namun demikian, nak sewakan rumah bukannya mudah. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan supaya rumah yang ingin disewakan mempunyai nilai tambah dan mampu mendapat pulangan sewa yang berpatutan serta lumayan.

Selain jenis kediaman dan lokasi rumah yang strategik, ada beberapa perkara yang tuan rumah perlu sediakan supaya bakal penyewa 'tak berkira' dan sanggup untuk bayar sewa mahal.

Tuan Rumah sila take note!

#impiana
#impianakongsi
#tuanrumah
#rumahsewahargamahal
Transcript
00:00Memiliki rumah untuk disewakan mampu menjadi pendapatan pasif buat pemilik kediaman
00:07Namun demikian, nak sewakan rumah bukannya mudah
00:09Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan supaya rumah yang ingin disewakan
00:14mempunyai nilai tambah dan mampu mendapat pulangan sewa yang berpatutan serta lumayan
00:19Selain jenis kediaman dan lokasi rumah yang strategik
00:22ada beberapa perkara yang tuan rumah perlu sediakan supaya bakal penyewa tak berkira dan sanggup untuk bayar sewa mahal
00:28Ini limited yang boleh digunapakai bagi menaik tambah lagi nilai rumah yang ingin disewakan
00:33Pertama, internet
00:34Sediakan internet wifi dekat dalam rumah
00:36Zaman sekarang ni internet dah jadi benda paling wajib pernah ada
00:39Tapi pastikan internet tu laju lah jenis high speed
00:42Ia sangat diperlukan lagi-lagi untuk keperluan tak kira lah penyewa bakal pelajar ataupun orang yang bekerja
00:47Kedua, fully furnished
00:48Sekarang semua benda orang nak mudah, pindah masuk rumah pun orang nak mudah
00:52Bila kita dah sediakan rumah yang lengkap dengan perabot
00:54Tak adalah menyusahkan penyewa nak kena beli wardrobe, beli kater, beli tila, meja makan dan sebagainya
01:00Namun pastikan fully furnished juga mengikut kesesuaian penghuni di dalam rumah sewa
01:04Sebagai contoh, penghuni 5-6 orang janganlah beli pergi sejuk satu pintu
01:09Sedikan dapur masak dan kabinet dapur kecil pun dah memadai untuk kemudahan penyewa
01:13Pasang kipas angin pada setiap bilik
01:16Namun kalau mampu sediakan aircon buat penyewa juga merupakan satu bonus tambahan
01:20Ketiga, konsep rumah
01:22Bila nak hias rumah, pastikan desain dalam rumah dan bilik adalah konsep yang modern dan minimalis
01:27Seperti rumah dengan rona pastel, putih yang bukan sahaja nampak premium
01:31Namun juga mendamaikan mata yang memandang
01:34Bukan desain yang konsep asal boleh je
01:36Dengan macam-macam warna lah dekat dinding tu
01:39Sampai pending penyewa tengok
01:40Biarlah konsep less is more
01:42Ia lebih menarik perhatian bakal penyewa apabila tinggal dalam rumah yang cantik, kemas dan lengkap seber-sebi
01:48Keempat, mesin basuh
01:49Mesin basuh merupakan satu keperluan buat penyewa
01:52Mudahkan penyewa jangan beli mesin basuh yang manual
01:54Sebaliknya belian jenis automatik
01:56Sediakan mesin basuh baju di rumah
01:58Jadi taklah menyusahkan penyewa untuk pergi kedai dobi dan habiskan duit
02:01Dekat situ pun yang membantu banyak jimatkan duit penyewa
02:04Kalau ada dryer lagi bonus untuk rumah anda
02:06Akhir sekali yang kelima, monthly cleaning
02:09Boleh juga tambah monthly cleaning terutamanya jika sewakan bilik kepada pelajar
02:13Atau orang yang bekerja yang masih bujang
02:15Kedai sibuk penyewa setiap hari memudahkan mereka apabila ada orang yang melakukan kerja pembersihan rumah secara rutin
02:21Sebagai contoh, harga sewa termasuk cuci bilik air dan dapur sebulan sekali
02:26Selain memudahkan penyewa, rumah yang disewakan juga kekal terjaga bersih
02:31Jadi bagi pemilik kediaman yang ingin menaik tambah nilai dan harga rumah yang ingin disewakan
02:35Ikut tip-tip yang dikongsikan ini
02:37Semoga bermanfaat

Recommended