Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/14/2025
Seorang wanita hamil berjaya diselamatkan dari runtuhan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kem Jabaliya di utara Gaza pada Ahad.
Transcript
00:00Seorang wanita hamil berjaya diselamatkan dari runtuhan selepas serangan udara Israel yang menyasarkan kem Jabalia di utara Gaza pada Ahad.
00:09Ala'a Manun ditemui dalam keadaan trauma dan kelihatan terkejut ketika pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari runtuhan menggunakan pengusung.
00:21Namun tragedi menyelubungi penyelamatannya apabila suami, anak perempuan bongsu dan ibunya disahkan terbunuh dalam serangan tersebut.
00:28Mayat anak dan ibunya masih belum dapat dikeluarkan dari bawah runtuhan.
00:34Dua lagi anak perempuannya yang berusia 4 dan 7 tahun mengalami kecederaan.
00:38Menurut pakar Perubatan Hospital Indonesia, Dr. Tahir Al-Taludi, ibu mengandung itu mengalami luka dalam di kepala dan memerlukan jahitan pembedahan selain kakinya turut patah.
00:49Pasukan Perubatan tidak dapat menjalankan imbasan bagi menilai kecederaan pergelangan kakinya kerana satu-satunya mesin imbasan di Gaza Utara musnah dalam serangan berasingan pada hari sama ke atas Hospital Ahli di Bandar Gaza.
01:02Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut dalam serangan ke atas Jabalia pada hari di mana serang udara Israel meningkat di seluruh Gaza.
01:11Krisis kemanusiaan terus meruncing di Gaza sejak konflik tercetus Oktober lalu tengah ribuan nyawa terkorban dan kemusahan besar di wilayah yang padat penduduk itu.

Recommended