Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/13/2025
Pembantu Menteri kepada Ketua MEnteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, aidilfitri adalah untuk saling bermaafan dan melupakan pertikaian politik.
Transcript
00:00Pemimpin dan rakyat Sabah perlu mengeratkan silaturahim dan beramah mesra antara satu sama lain.
00:06Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
00:11Aidilfitri adalah untuk saling bermaafan dan melupakan petikaian politik.
00:18Perayaan semestinya kita mempereratkan silaturahim, mempereratkan kejiranan kita,
00:26mempereratkan hubungan sesama masyarakat khususnya yang ada di perbandaran Tawang ini.
00:33Dan Alhamdulillah pada hari ini saya juga dikunjungi oleh rakan-rakan saya
00:37yang tidak sepahaman politik ada daripada UMNO, daripada parti-parti yang tidak sehaliran dengan saya.
00:47Namun mereka datang mengunjungi saya dan ini adalah satu sikap yang harus kita pertahankan sampai bila-bila masa
00:55kerana negeri dan negara kita memerlukan rakyat yang bersatu padu.
01:01Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa madlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Tawau pada Sabtu.
01:08Turut hadir Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Aris Heru Utomo,
01:13bersama isteri serta kira-kira 5,000 tetamu sekitar daerah Tawau.
01:18Nizam turut menyampaikan bantuan kepada 165 asnaf dan pelajar tafiz,
01:23bantuan laptop kepada 25 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti,
01:28serta memberi insentif kepada 4 anak Tawau yang berjaya menjuarai hafazan Al-Quran peringkat negeri Sabah.
01:34Terima kasih kerana menonton!

Recommended