Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/13/2025
Ia memandangkan kedua-dua negara merupakan rakan dagang penting, justeru Indonesia tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
Transcript
00:00Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan pendirian neutral negara itu dalam perang perdagangan antara AS dan China.
00:08Ia memandangkan kedua-dua negara itu adalah rakan dagang penting, justru Indonesia tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.
00:15Prabowo bagaimanapun mengakui ketegangan antara dua kuasa besar terbabit memberikan impak signifikan kepada ekonomi global.
00:21Tambah Prabowo, mustahil untuk Indonesia memutuskan hubungan dengan China bagi mendapatkan kerjasama dari AS ketika berunding mengenai tarif timbal balik 32% yang dikenakan ke atas barangan ekspor.
00:35Ia berikutan hubungan akrab antara Indonesia dengan China yang bertahan sejak sekian lama.
00:40Prabowo mengesahkan beliau sudah menghubungi Presiden AS, Donald Trump, untuk berdialog tentang fospek tarif timbal balik melibatkan Indonesia.
00:48Setakat ini, AS menggantung tarif timbal balik selama 60 hari ke atas kebanyakan negara kecuali China bagi membuka ruang diskusi.
00:57Untuk rekod, China meningkatkan tarif sebanyak 125% ke atas barangan impor daripada AS, manakala Washington membalas dengan mengenakan tarif sebanyak 145%.
01:08Terima kasih.
01:10Terima kasih.

Recommended