Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil di Sepang.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis menahan tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel perkhidmatan tren KLIA Express dan KLIA Transit di sekitar Bandar Baru Salat Tinggi dan Dengkil di Sepang.
00:13Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Nur Hizam Bahaman dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat pihaknya serta bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Kontingen Selangor awal pagi Sabtu.
00:22Katanya ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 50 tahun itu mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah.
00:32Menurutnya dengan tangkapan ini, pihak polis dapat menyelesaikan tiga kes kecurian kabel train express rail link ERL yang berlaku dalam daerah Sepang.
00:40Sementara itu, Nur Hizam berkata pihaknya kini sedang mengesan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan berkenaan.
00:47Barang kes iaitu kabel yang dicuri juga masih belum didapatkan semula.
00:51Kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 447 kan, Nur Keseksaan.
00:57Pada Rabu lalu, perkhidmatan KLIA Express dan KLIA Transit mengalami gangguan berpunca daripada beberapa siri kecurian kabel di laluan ERL antara stesen Salat Tinggi dengan stesen Terminal 1 KLIA
01:09dan antara stesen Puterjaya dan Cyberjaya dengan stesen Salat Tinggi.
01:13Terima kasih telah menonton!