Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Malaysia akan menggunakan kekuatannya dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), Eropah, China dan ASEAN untuk terus mencari jalan mengenai pelaksanaan tarif import timbal balas Amerika.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia akan menggunakan kekuatannya dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat, Eropah, Cina dan ASEAN untuk terus mencari jalan mengenai pelaksanaan tarif import timbal balas Amerika.
00:12Perdana Menteri Dato' Suriano Ibrahim berkata malah semua negara anggota serantau turut bersetuju untuk menyelaraskan usaha secara bersama bagi mencari jalan mengatasi krisis tarif atas semangat ASEAN.
00:24Maka kita guna kekuatan Malaysia, hubungan baik dengan Amerika, dengan Eropah, hubungan baik dengan negara Cina dan negara-negara jiran ASEAN.
00:38Saya dah hubungi semua kawan-kawan saya negara ASEAN, semuanya berpakat. Dia kata teruskan usaha cari jalan atas nama dan semangat ASEAN, 10 negara ASEAN.
00:52Ini sangat baik, saudara-saudara. Jadi kita bukan saja gerak sebagai Malaysia, kita gerak sebagai satu kekuatan.
01:01Dalam perkembangan sama, Anwar turut melahirkan kebimbangan terhadap Pulau Pinang yang merupakan negeri ekspor bahan semikorektor tertinggi iaitu mencecah RM200 bilion dan 65% ke Amerika Syarikat.
01:12Selain itu, Anwar menegaskan Malaysia perlu menunjukkan teladan baik sebagai sebuah negara yang harmoni, dengan kekal aman, mempunyai ekonomi yang stabil dengan dasar jelas serta rakyat yang rajin bekerja.
01:22Anwar berkata demikian semasa pun ucap dalam majlis sambutan aktiviti Madani 2025 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di pusat konvensyen PICCA at Arena Butterworth pada Sabtu.
01:34Terima kasih telah menonton!

Recommended