Kerajaan Britain pada Jumaat mengumumkan peluasan larangan bagi kemasukan daging dan produk tenusu untuk kegunaan peribadi, yang kini meliputi semua negara Kesatuan Eropah (EU), susulan penularan penyakit kaki dan mulut di benua itu, lapor Xinhua.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan United Kingdom mengumumkan peluasan larangan bagi kemasukan daging dan produk tenusu untuk kegunaan peribadi yang kini meliputi semua negara kesatuan Eropah EU susulan penularan penyakit kaki dan mulut.
00:13Bermula Sabtu, pengembara yang memasuki United Kingdom tidak lagi dibenarkan membawa masuk daging lembu, kambing, biri-biri, babi dan produk tenusu dari semua negara EU.
00:24Barangan seperti sandwich, keju, daging yang diawik, daging mentah dan susu adalah dilarang tanpa mengira pembungkusannya atau sama ada ia dibeli di kedai bebas cukai.
00:36Langkah itu bertujuan melindungi kesihatan ternakan Britain, keselamatan petani serta jaminan bekalan makanan negara.
00:43Pengembara yang didapati membawa barangan itu akan diminta menyerahkannya di sempadan atau berdepan rampasan dan pemusnahan.
00:50Dalam kes yang serius, individu yang tidak mematuhi arahan itu boleh dikenakan denda sehingga 5,000 pound di England.
00:58Awal tahun ini, Britain telah menarang import peribadi ternakan ruminan seperti lembu dan kambing, babi serta produk tenusu dari Jerman, Hungary, Slovakia dan Austria
01:09berikutan pengesahan wabak penyakit kaki dan mulut di negara-negara itu.
01:14Sekatan baharu kini terpakai kepada semua negara anggota EU.