Kerajaan MADANI tidak pernah menganaktirikan pemberian peruntukan untuk negeri-negeri pembangkang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kerajaan Madani tidak pernah menganaktirikan pemberian peruntukan untuk negeri-negeri pembangkang.
00:06Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian peruntukan kepada Kelantan meningkat 30% tahun lepas kepada RM762 juta berbanding RM588 juta pada 2023.
00:21Beliau berkata peruntukan kepada Terengganu juga mencatat kenaikan 28% kepada RM2.02 bilion tahun lepas.
00:30berbanding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya.
00:34Menurutnya peningkatan itu meliputi pemberian seperti Meris, Sistem Maklumat Rekod Jaya, Tahap Pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup, Gran Perkapita, Wang Ihsan serta peruntukan di bawah senarai bersama.
00:49Hasil Kelantan tentu kita tahu terbatas.
00:53Kalau kita nak ungkit, kalau hasil Kelantan sedikit, kita belanja sedikit, tak boleh.
01:01Sebab masalah banjir besar di Kelantan, masalah air belum selesai, masalah lebur raya dan jalan, semua kena-kena selesaikan.
01:10Masalah petani miskin, nelayan, kita harus bantu.
01:14Dari sebab itu, saya nak sebut di sini, bahawa untuk Kelantan, hasil yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan itu lebih daripada hasil yang dipoleh oleh negeri termasuk dari Wang Ihsan.
01:32Penyaluran ini dibangkitkan. Tapi saya nak sebut di sini, angka dulu. Saya tak mahu anggap, kita ambil Wang Ihsan, ada orang kata, kita ambil Wang Ihsan di Terengganu, kita buat projek di Pulau Pinang. Tak betul.
01:48Beliau berkata demikian dalam majlis Aidilfit Rimadani 2025, Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Irama Bacuk pada Sabtu.
01:55Anwar berkata, selain itu, Kerajaan Persekutuan terus meluluskan peruntukan program Basmi Kemiskinan berjumlah RM25 juta untuk Kelantan dan RM60 juta untuk Terengganu bagi tahun 2025.