Presiden Trump yakin dapat capai perjanjian perdagangan dengan China walaupun ketegangan memuncak, susulan tarif balas yang jejaskan syarikat besar dan ancam kestabilan ekonomi.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yakin perjanjian perdagangan dengan China masih berupaya dicapai walaupun ketegangan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
00:08Setiausaha akhbar White House, Carolyn Leavitt, menjelaskan dalam satu sidang media pada Jumaat bahawa Presiden Trump terbuka kepada rundingan.
00:18Di sebalik itu, beliau menikaskan sebarang tidak akan balas oleh China tidak akan membawa keuntungan kepada negara itu.
00:23Ketegangan ini berpunca daripada keputusan Amerika Syarikat menggunakan tarif import sebanyak 145% terhadap barangan dari China, termasuk tambahan 20% sebagai tindak balas terhadap isu pengendaraan dadah berbahaya fentanyl.
00:37Sebagai respon, China mengumumkan peningkatan tarif terhadap barangan Amerika Syarikat daripada 84% kepada 125% yang akan berkuatkuasa bermula 12 April sebagai tindak balas langsung terhadap tindakan Amerika.
00:50Kementerian Keuangan China menyatakan langkah tersebut adalah tindak balas terakhir dalam pertikaian semasa dan sebarang tindakan lanjut daripada Amerika Syarikat tidak akan memberi kesan ekonomi yang ketara.
01:00Perang tarif ini telah menjejaskan peragangan global secara serius dengan nilai tahunan peragangan antara Amerika Syarikat dan China yang berjumlah $582 bilion kini berada dalam keadaan tidak menentu.
01:11Syarikat-syarikat besar seperti Tesla dan Apple menghadapi peningkatan kos pengeluaran serta gangguan terhadap jualan mereka di China akibat ketegangan peragangan yang berterusan.