Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 4/11/2025
Video interogasi Ahmad Manasra, 13, oleh pihak keselamatan Israel cetus kemarahan global, dengan NGO kecam pelanggaran hak asasi terhadap kanak-kanak. #AWANInews
Transcript
00:00Sebuah video berdurasi 10 minit yang menunjukkan sesi soal siasat terhadap Ahmad Manasra, warga Palestine ketika itu berusia 13 tahun oleh pihak keselamatan Israel telah mencetuskan kemarahan rakyat Palestine serta kebimbangan serius dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia.
00:18Dalam rakaman tersebut, Ahmad kelihatan dimarahi secara berterusan dan berulang kali dituduh oleh pegawai penyiasat atas cubaan membunuh.
00:26Kumpulan hak asasi manusia mengkritik keras tindakan pihak berkuasa Israel sambil menegaskan bahawa kes ini telah dipolitikkan.
00:36Manakala proses soal siasat tersebut jelas melanggar prinsip perlindungan hak kanak-kanak yang ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa.
00:43Ahmad ditahan pada 12 Oktober 2015 selepas didakwa terlibat dalam serangan tikaman bersama sepupunya Hassan Manasra di Batu Madis Timur yang mengakibatkan dua warga Israel cedera dalam kejadian tersebut.
00:57Sepupu Hassan ditembak mati oleh polis di tempat kejadian, manakala Ahmad alami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta semasa cuba melarikan diri.
01:05Rakaman itu antara lain menunjukkan pegawai penyiasat menjerit dan memaki Ahmad.
01:09Dalam keadaan bingung dan tertekan, Ahmad dilihat menepuk wajahnya sendiri berulang kali sambil menangis dan menyatakan bahawa beliau langsung tidak dapat mengingati kejadian yang berlaku.
01:19Beliau mengaku mengalami kecederaan di kepala dan hanya sedar pada kepsokan harinya.
01:24Ahmad kemudiannya mengakui semua pertuduhan selepas ditunjukkan rakaman video walaupun tidak mampu mengingati apa-apa, hanya mahu sesi itu ditamatkan segera.
01:32Warga Palestine itu kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun pada Oktober 2015 atas perduduhan menemani sepupunya yang didakwa menikam dua penatang Israel di Baitu Madis Timur yang diduluki sebelum hukuman itu dikurangkan kepada sembilan tahun.
01:47Setelah menghabiskan hampir separuh daripada usianya di penjara, beliau akhirnya dibebaskan perjumaat selepas hampir 10 tahun mengalami penderaan fizikal dan psikologi di penjara-penjara Israel.
01:58Terima kasih telah menonton!

Recommended