• 2 days ago
Polis bongkar sindiket proses dadah, cecair vape di 'homestay', kondominium

Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan rumah inap desa dan kondominium mewah sebagai stor untuk menyimpan dan memproses dadah, termasuk cecair rokok elektronik berjaya dibongkar dalam operasi serbuan di sekitar Lembah Klang, pada 26 Februari lalu, lapor wartawan Sinar Harian Ahmad Ismadi Ismail.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 26 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan di Jalan Gombak, Taman Kuchai Jaya, Taman Sungai Besi dan Taman Salak Jaya bermula jam 2 petang hingga 10.20 malam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715858/berita/semasa/polis-bongkar-sindiket-proses-dadah-cecair-vape-di-homestay-kondominum

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #Vape #rampasan

Category

🗞
News

Recommended