• 11 hours ago
Ustaz Husam terima permohonan maaf dua individu disamannya

Pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhamad Baderudin menerima permohonan maaf dua daripada empat individu yang disaman fitnah sebanyak RM5 juta secara terbuka di Mahkamah Tinggi di Alor Setar pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 26, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazil, 31, memohon maaf tanpa syarat kepada plaintif atas kenyataan fitnah yang dibuat sebelum ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/714417/berita/semasa/ustaz-husam-terima-permohonan-maaf-dua-individu-disamannya

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #ustazhusam #saman

Recommended