72,385 murid kuasai asas 3M selepas intervensi - KPM
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, seramai 72,385 murid tahun satu yang dikenal pasti melalui saringan Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi tahun lalu berjaya menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) selepas mengikuti program intervensi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau memaklumkan kejayaan program Pengesanan Awal Literasi dan Numerasi direkodkan setakat 31 Januari tahun ini.
Beliau menjawab soalan asal Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya mengenai perkembangan dan cabaran utama dalam program intervensi pemulihan khas penguasaan asas 3M memandangkan tahap literasi pelajar yang masih rendah dalam kalangan murid tahun satu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #3M #KPM

Category
🗞
News